Ayam mati sebelum sembelih dikira bangkai! Tak penuhi syarat syarak – JAKIM

LocalFood
31 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dakwaan ayam mati sebelum disembelih di sebuah pusat penyembelihan di Puchong perlu disiasat secara menyeluruh bagi memastikan kaedah pengendalian serta punca kematian haiwan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan, sekiranya dakwaan itu terbukti benar, ayam terbabit tidak memenuhi syarat penyembelihan halal mengikut hukum syarak.

“Dalam aspek hukum, haiwan yang halal dimakan perlu disembelih dengan memenuhi syarat-syarat ditetapkan hukum syarak.
“Antara hukum syarak adalah ayam terbabit mesti masih hidup ketika penyembelihan dilakukan. Dengan erti kata lain, sekiranya ayam itu mati sebelum sembelihan dibuat maka statusnya sama seperti bangkai,” jelasnya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Premis dipercayai telah menjalankan kegiatan itu untuk tempoh yang panjang.

Terdahulu, lebih 6.5 tan ayam mentah yang disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan Islam dan keperluan pensijilan halal dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong, kelmarin.

Mengulas lanjut, Sirajuddin memaklumkan pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam tanpa permit serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tegas beliau, premis yang beroperasi tanpa lesen sah tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Bagi premis beroperasi tanpa permit atau lesen yang sah, syarikat terbabit tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kerana syarat mendapat sijil halal adalah mesti memperoleh lesen PBT,” ujarnya.

Sirajuddin Suhaimee dilantik KP Jakim baharu

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan premis terbabit bukan pemegang SPHM yang dikeluarkan JAKIM, sekali gus menyebabkan rekod jualannya tidak termasuk dalam pemantauan pensijilan halal jabatan berkenaan.

Sehubungan itu, Sirajuddin berpandangan tindakan mengesan serta menarik balik bekalan ayam yang sudah berada di pasaran perlu mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada.

“Agensi penguatkuasaan berkaitan boleh mengambil tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing untuk menghentikan penjualan, mengasingkan stok serta melaksanakan penarikan balik atau penyitaan bekalan dikenal pasti,” tambahnya.

Sumber: BH Online (Nurul Hidayah Bahaudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved