
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali membeli makanan tak dinafikan harga, rasa dan kebersihan makanan yang dihidangkan sentiasa menjadi keutamaan orang ramai.
Malah ada yang tidak kisah untuk membayar sesuatu makanan yang mahal asalkan ia berpatutan dengan harga serta saiz hidangannya.
Namun ia akan menjadi persoalan jika harga mahal namun hidangannya sedikit serta tidak setimpal dengan harga yang dibayar.
Pelanggan kecewa ayam grill dipesan tak seperti yang diharapkan
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang dipesan secara online dari sebuah restoran di Selangor tidak seperti yang diharapkan.
Menerusi video yang dikongsikan Maemek di TikTok, kelihatan lelaki berkenaan telah memesan dua jenis makanan iaitu Carbonara Cendawan dan Aglio E Olio.
Harga bagi Carbonara adalah RM17.30 dan Aglio E Olio pula RM16.30. Kedua-dua makanan yang dipesan itu turut ditambah (add-on) dengan ayam grill sebanyak lapan ketul berharga RM5 bagi setiap satu hidangan.
Ini secara tidak langsung menjadikan total untuk pesanan tersebut berharga RM43.60.

RM5 tapi saiz ayam kecil sebanyak 8 ketul
Namun sebaik mendapat makanan tersebut, kedengaran dia kecewa apabila menunjukkan lapan ketul ayam grill tersebut bersaiz kecil dan tidak padan dengan harga RM5.
Malah dia turut menunjukkan saiz ayam yang sama di dalam pasta carbonara yang dipesan.
“Agak-agak lah, ya pun kau nak berniaga macam ni jual ayam RM5 dapat macam ni. Lain kali boleh letak gambar kot untuk orang tak salah faham.
“Kalau aku tahu macam ni, tak ada lah aku nak membazir add-on (tambah),” katanya di ruangan kapsyen.
Agak agak lah ye pon kau nak niaga macam ni jual ayam RM5 dapat macam ni. Lain kali boleh letak gambar kot untuk orang tak salah faham. Kalau aku tahu macam ni, tak ada la aku nak membazir add-on #viral #makan #makananviral #fy #fyp
Ramai turut tak setuju peniaga bagi ayam kecil, sampai ada samakan saiz macam makanan kucing
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut tidak bersetuju dengan saiz ayam grill yang diberikan oleh kedai makan tersebut.
Malah ada yang menyamakan saiz ayam yang diberikan kedai tersebut seperti snek makanan kucing.
Tak kurang juga ada yang mengatakan ayam bersaiz seperti itu sepatutnya diletakkan dalam makanan tersebut dan ia tidak wajar untuk dijual secara berasingan.
Bukan hanya itu, ada juga yang membezakan saiz ayam yang dijual RM1 juga lebih besar daripada ayam yang diberi kedai tersebut.
Selain itu, ramai juga yang meminta agar lelaki tersebut membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk tindakan lanjut.
Ada juga yang membuat kira-kira dengan mengatakan jumlah untuk satu hidangan makanan termasuk tambahan ayam grill berharga sekitar RM20 dan ia sangat tidak berbaloi.
“Bang kenapa ayam tu macam booster kucing”

“Ayam seringgit pun besar lagi”

“Aku terus istighfar ya bila nampak ayam gril kau bang”




![Aksi Sekumpulan Pelajar IPT Lakukan Plank Ketika Cuaca Panas Cetus Perdebatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Tular Dakwaan Air Paip Seperti Kopi Di Sebuah IPT Undang Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)