
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat yang berjaya menempatkan diri di pengajian tinggi, sudah tentu anda teruja untuk melalui fasa pendidikan baharu mengikut bidang diminati. Malah ramai juga yang melanjutkan pelajaran ini merupakan anak harapan bagi keluarga di rumah.
Bukan sahaja dari segi akademik, bahkan universiti atau kolej juga menitikberatkan aspek salasilah dan akhlak seseorang mahasiswa atau mahasiswi.
Kebiasaannya, mereka yang melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas oleh pendidik atau mana-mana individu yang bertugas bagi memantau para pelajar.
Para Pelajar Lakukan Plank Di Bawah Panas Terik Matahari
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan sekumpulan pelajar lelaki dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sedang melakukan plank (posisi papan) di lantai bersimen.
Menurut pemilik akaun media sosial itu, situasi itu dilihat seakan mereka sedang mengikuti latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Lebih mengundang perhatian adalah para pelajar terbabit dilihat melakukan plank di bawah panas terik. Difahamkan suhu cuaca pada masa itu mencecah 35°C.
Tambah individu berkenaan, itu merupakan hari ke-2 kumpulan mahasiswa tersebut berada di IPT dan dipercayai berlaku di kalangan pelajar baharu semasa sesi orientasi berlangsung.
Bagaimanapun dakwanya, sesi plank itu tidak melibatkan fasilitator yang bertugas tetapi kerana para pelajar berkenaan terlibat dengan ‘kursus besarkan lengan’. Namun sejauh mana kesahihan info itu tidak dapat kami pastikan.

35°C oky ka disana? #polycc #politeknik #sem1 #fyp
Tonton video penuh [DI SINI].
Budaya Jemur Pelajar Tengah Panas Cetus Perdebatan Ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut. Ramai berpendapat bahawa budaya ‘ragging’ sepatutnya dihentikan dan tidak dijadikan norma.
“2025 benda macam ni dah tak relevan. Tak ada kebaikan untuk orang lelaki mahupun perempuan. Yang cakap mental lemah, tu pemikiran kuno (lapuk) je,” kata seorang individu.
Malah netizen juga mempersoalkan tindakan plank semasa cuaca panas itu.
“Tak perlu bagi aku la. Bagi push-up 10 kali dah la. Nak berjemur bagai buat apa. Sampai sekarang rasa tak puas hati kena waktu orientasi universiti dulu. Sebab kita tertanya-tanya untuk apa. Latihan kerja uniform okay la memang perlu,” ujar seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terkilan, Dakwa Anak 7 Tahun Dipulau & Dijemur Tengah Panas Ketika Perhimpunan Kerana Lewat [Video]
Ada Individu Yang Anggap Denda Sebegitu Adalah Normal
Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang berpendapat bahawa perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu dan hanya untuk mendidik semata-mata.
Sesetengah berpendapat aksi plank terbabut adalah wajar sekiranya mahasiswa tersebut jelas melanggar disiplin.
“Manja gila batch 07. Setakat push-up je kot. Aku dulu sampai suruh buat plank satu jam bawah panas, terus hitam kulit,” kata seorang lelaki.
“Yang kecam tu mesti tak faham apa itu mendidik kan? Mendidik bukan setakat ilmu, tapi mendidik perlu moral juga. Hidup ni kena disiplin,” tambah seorang lagi warganet.








Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Fasilitator Buat Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Orientasi Mahasiswa Baru [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Akui Kesilapan” – Fasilitator Buat Prank Sambut Hari Jadi Rakan Waktu Minggu Orientasi Mohon Maaf [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Hala Tuju” – Pensyarah Universiti Respon Isu Fasilitator Buat Prank Ketika Minggu Orientasi
Murid Dikategorikan Sebagai OKU Akibat Strok Haba
Terdahulu, ada juga kes di mana seorang murid sekolah rendah didakwa mengalami strok haba selepas didenda berjemur di padang oleh gurunya. Bukan itu sahaja, ibu bapa mangsa juga memaklumkan bahawa anak mereka akan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat masalah saraf.
Tambah si ibu, pihak hospital memberitahu bahawa murid berkenaan tidak boleh belajar di sekolah seperti biasa disebabkan masalah terbabit selain memintanya untuk menghantar ke sekolah khas selepas ini.
Baca Artikel Berkaitan: Murid Yang Dipercayai Didenda Berjemur Tengah Panas Mungkin Jadi OKU

Mungkin masih ada di kalangan masyarakat yang belum cakna tentang bahaya berjemur di bawah panas terik matahari.
Sebelum ini doktor kesihatan Dr Malar, menjelaskan bahawa strok haba yang berlaku dalam tubuh badan manusia diibaratkan seperti kes radiator kereta yang pecah.
Sama seperti keadaan radiator kereta, jika terlampau panas dan tidak mempunyai air mencukupi, suhu badan boleh tiba-tiba meningkat secara mendadak. Ia kemudiannya akan membawa kepada kes strok haba.
Untuk info, strok haba terjadi apabila suhu di dalam badan melebihi 41°C.
Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!
Source:



![“Ayam RM1 Pun Besar Lagi”- Lelaki Kecewa ‘Grilled Chicken’ Dipesan Kecil Untuk Harga RM5 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)