Ayam tidak masak sempurna, Mara siasat kontraktor MRSM Tun Ghafar Baba

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 8:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ayam tidak masak sempurna, Mara siasat kontraktor MRSM Tun Ghafar Baba

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan tindakan segera diambil terhadap kontraktor penyedia makanan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka susulan aduan pelajar mengenai makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab berhubung penyediaan makanan di sekolah itu.

Katanya, beliau sudah meminta Pengetua segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas malam ini juga.

“Kasihan anak-anak pelajar yang bukan ramai berkemampuan untuk beli makanan alternatif di kafe atau koperasi, apatah lagi buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Saya cukup marah dan amat terkesan apabila membaca Whatsapp dan mesej peribadi di ruangan media sosial sebentar tadi.

“Ada beberapa pelajar dan ibubapa dari MRSM Tun Ghafar Baba Melaka yang hubungi saya mengadu berkenaan penyediaan makanan di Dewan Selera petang tadi tidak memuaskan kerana ada ayam yang tidak dimasak dengan sempurna. Apabila saya minta pengurusan semak, rupanya kontrak penyedia makanan hanya berbaki sebulan sahaja lagi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, semacam satu ‘trend’ apabila satu-satu kontrak sudah hampir tamat tempoh, maka penyedia makanan semacam mengabaikan kualiti makanan yang disediakan.

Katanya, baru beberapa minggu lalu beliau melakukan pemeriksaan di MRSM itu dan memberi amaran kepada Penyelia Dewan Selera agar pastikan kualiti makanan yang disediakan menepati piawai yang MARA tetapkan.

“Ini soal kebajikan pelajar yang saya tidak boleh tolak ansur. Malah kontraktor makanan boleh dikenakan penalti dan akan disenarai hitamkan daripada mendapat apa-apa manfaat MARA pada masa akan datang.

“Ingatlah keuntungan yang diperoleh daripada hasil yang curang dan menyimpang tidak akan pernah punya keberkatan, malah menjadi sebab kepada kecelaruan dan kesengsaraan hidup berterusan,” katanya.

The post Ayam tidak masak sempurna, Mara siasat kontraktor MRSM Tun Ghafar Baba appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved