“Macam Nak Bagi Rimau Makan” – Tular Kontraktor Kantin MRSM Bagi Pelajar Ayam Tidak Masak, Asyraf Wajdi Berang

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa marah dan kecewa selepas menerima aduan daripada beberapa pelajar serta ibu bapa Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka berhubung kualiti makanan yang disediakan di dewan selera.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau memaklumkan terdapat hidangan ayam yang tidak dimasak dengan sempurna sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati.

Advertisement

Kontraktor kantin MRSM buat hal

Hasil semakan pihak pengurusan mendapati kontrak penyedia makanan di MRSM berkenaan hanya berbaki sebulan sebelum tamat tempoh.

Sudah semacam satu ‘trend’ apabila satu-satu kontrak sudah hampir tamat tempoh, maka penyedia makanan semacam mengabaikan kualiti makanan yang disediakan.

ayam kantin MRSM tak masak

ayam kantin MRSM tak masak

Asyraf Wajdi marah

Asyraf turut meluahkan rasa kesal mengenangkan nasib pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan alternatif, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Saya amat kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya sudah minta Pengetua segera siasat dan ambil tindakan tegas malam ini juga.

Menurutnya, beliau baru sahaja melakukan terjahan di MRSM berkenaan beberapa minggu lalu dan telah memberikan amaran kepada penyelia dewan selera supaya memastikan kualiti makanan menepati piawaian MARA.

Kontraktor boleh kena blacklist’

Susulan aduan tersebut, Asyraf mengarahkan pengurusan MARA khususnya Bahagian Pendidikan Menengah supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Ini soal kebajikan pelajar yang saya tidak boleh tolak ansur. Malah kontraktor makanan boleh dikenakan penalti dan akan disenarai hitamkan daripada mendapat apa-apa manfaat daripada MARA pada masa akan datang.

View this post on Instagram

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

j2026-11-19 09:40:55

Pelajar Tingkatan 3 Ditemukan Meninggal Dunia Di Sekolah Berasrama Penuh Kuala Kangsar

The post “Macam Nak Bagi Rimau Makan” – Tular Kontraktor Kantin MRSM Bagi Pelajar Ayam Tidak Masak, Asyraf Wajdi Berang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved