
SERDANG: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan antara yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1448H/2026.
Ayob Khan menerima anugerah sebagai Tokoh Wira Negara, sementara bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir pula menerima anugerah Tokoh Saintis dan Inovator Kreatif.
Pempengaruh, Muhammad Mikhael Sathayah menerima anugerah sebagai Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang).
Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Advokasi Pendidikan dan OKU Sejahtera (Advo OKU Sejahtera), Prof Dr. Ruzita Mohd Amin menerima anugerah Tokoh Wanita Madani.
Anugerah-anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini. – UTUSAN
The post Ayob Khan antara penerima anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026 appeared first on Utusan Malaysia.






