Azeem mara ke final 100m Sukan Asia 2026

25 Sep 2026 • 7:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Azeem mara ke final 100m Sukan Asia 2026

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menempah tiket ke final acara 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang berlangsung di Stadium Olahraga Mizuho, Nagoya, hari ini.

Azeem beraksi dalam separuh akhir ketiga menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.25 saat (s) di belakang wakil Korea Selatan, Joeljin Nwamadi (10.17s).

Bagaimanapun, seorang lagi wakil negara, Muhammad Umaira Subri gagal mengikuti jejak langkah Azeem apabila menamatkan separuh akhir kedua di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 10.39s.

Begitu pun, catatan tersebut menjadi catatan peribadi terbaik Umaira memperbaiki pencapaian yang dilakukannya semalam iaitu 10.43s dalam aksi saringan.

Azeem menjadi wakil tunggal negara dalam aksi final 100m yang dijadual berlangsung pada pukul 9.20 malam ini.

Sementara itu, bagi acara lontar peluru wanita menyaksikan wakil negara, Nani Sahirah Maryata menamatkan saingan di tangga tercorot dengan balingan 15.07m yang turut menjadi catatan terbaiknya musim ini.

Wakil China mendominasi podium apabila pingat emas dimenangi Song Jiayuan selepas melakukan lontaran sejauh 19.40m mengatasi rakan senegaranya, Linru Zhang di tempat kedua (18.14m) dan gangsa diraih Manpreet Kaur dari India (17.17m). – UTUSAN

The post Azeem mara ke final 100m Sukan Asia 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved