Kes bunuh di Kulai: Seorang dituduh membunuh, 6 lagi didakwa esok

8 Sep 2026 • 9:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes bunuh di Kulai: Seorang dituduh membunuh, 6 lagi didakwa esok

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh individu daripada 21 suspek yang ditahan berhubung kes bunuh di Kulai pada 25 Ogos lalu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas pelbagai pertuduhan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, arahan pertuduhan itu diperoleh selepas kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor semalam.

Beliau memberitahu, daripada jumlah tersebut, seorang suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh di Mahkamah Majistret Kulai.

“Turut dihadapkan ke mahkamah sama ialah empat suspek yang akan dituduh di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Manakala pertuduhan terhadap dua lagi suspek di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh akan dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, baki 14 suspek lagi dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan sebagai saksi pendakwaan.-UTUSAN

The post Kes bunuh di Kulai: Seorang dituduh membunuh, 6 lagi didakwa esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved