‘Azizah banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak’

LocalFamily & Parenting
16 Sep 2026 • 2:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Azizah banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak’

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kesibukan menguruskan negara menyebabkan beliau tidak dapat menjadi seorang bapa yang ideal kepada anak-anaknya.

Anwar berkata, jadualnya yang padat menyebabkan masa bersama keluarga perlu diurus sebaik mungkin, termasuk mencari ruang untuk makan tengah hari, makan malam atau meluangkan masa pada hujung minggu.

“Saya bukanlah mesti tokoh yang ideal. Kalau sekadar tanya pengalaman saya, kita cuba sebaik mungkin. Tapi kalau saya bertanya kepada anak-anak secara ikhlas, yang berjasa itu Azizah, bukan saya,” katanya ketika muncul dalam sebuah podcast (audio siar) hari ini.

Beliau berkata, kehidupan sebagai pemimpin memerlukan jadual yang ketat, termasuk bangun awal, bekerja dan mengambil waktu rehat secara singkat sebelum meneruskan tugasan lain.

“Saya dengan anak-anak ini cuba dapat kalau tak boleh dalam makan malam, makan tengah hari atau hujung minggu, dia mesti cari waktu.

“Mesti ada masa untuk dibuang sedikit-sedikit bersama keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah memahami kesibukannya sejak awal perkahwinan mereka.

Katanya, ketika berkahwin, beliau masih aktif sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan mempunyai jadual padat dengan program di universiti, maktab perguruan serta sekolah hampir setiap hari.

“Azizah bila berkahwin dengan saya, sudah biasa dengan jadual dan Alhamdulillah, tidak pernah dia merasa terkesan atau kecewa.

“Saya cuba sedaya upaya berikan ruang dan waktu walaupun saya akui saya mungkin dari segi menjaga keluarga tidak ideal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Azizah banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved