Azizul tuai emas kelapan Malaysia

2 Oct 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Azizul tuai emas kelapan Malaysia

PETALING JAYA: Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas kelapan Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas memecut pada saat akhir untuk menewaskan pelumba China, Li Zhiwei dalam aksi keirin lelaki yang cukup mendebarkan, hari ini.

Azizulhasni yang menampilkan kayuhan penuh berdisiplin terpaksa menunggu sehingga pusingan terakhir sebelum melancarkan pecutan bertenaga untuk melintasi garisan penamat terlebih dahulu dengan catatan 10.330 saat.

Namun, kemenangan itu hadir dengan perbezaan cukup tipis apabila Zhiwei hanya ketinggalan 0.018 saat selepas merekodkan 10.348s untuk meraih pingat perak.

Seorang lagi pelumba China, Xie Han melengkapkan podium dengan gangsa menerusi catatan 10.547s, manakala pelumba Jepun, Minato Nakaishi di tempat keempat dengan 10.597s.

Rakan senegara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas mencatat 10.678s, sekali gus terlepas peluang untuk turut menaiki podium.

Azizulhasni, 38, menggunakan pengalaman luasnya untuk kekal tenang ketika kelompok pelumba mula meningkatkan kelajuan sebelum melancarkan serangan terakhir yang akhirnya memisahkan beliau daripada pencabar terdekat.

Kejayaan itu menyaksikan Azizul berjaya menebus kekecewaan pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang apabila meraih pingat gangsa.-UTUSAN

The post Azizul tuai emas kelapan Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved