Sukan Asia: Azizulhasni sambar pingat emas keirin

2 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Azizulhasni sambar pingat emas keirin

SEPANG – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas memenangi acara keirin lelaki.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Izu, Shizuoka sebentar tadi, bekas juara dunia itu memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas mengetepikan cabaran dua pelumba China, Li Zhiwei dan Xie Han.

Berdepan cabaran beberapa pelumba terbaik, termasuk Zhiwei, Xie Han dan wakil tuan rumah, Minato Nakaishi, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu berjaya mengekalkan fokus hingga ke garisan penamat.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima.

Menerusi kemenangan yang diraih Azizulhasni, Malaysia kini sudah mengumpul lapan pingat emas selain lima perak dan 16 gangsa, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 29 pingat.

Pingat emas yang dirah pastinya dapat menebus kekecewaan Azizulhasni selepas dia sekadar meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu lelaki semalam. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Azizulhasni sambar pingat emas keirin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved