Azmin Ali Letak Jawatan Setiausaha Agung PN Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

LocalPolitics
30 Dec 2025 • 2:19 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Mohamed Azmin yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, keputusan itu dibuat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN yang diumumkan lebih awal hari ini.

Menurutnya, pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung PN sebelum ini adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Maka, saya juga mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut Lepas Jawatan Pengerusi PN Selangor

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu menerajui gabungan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan saya mengucapkan terima kasih,” katanya. – The Malaysian Update

The post Azmin Ali Letak Jawatan Setiausaha Agung PN Berkuat Kuasa 1 Januari 2026 appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved