Aznil Nawawi Sedia Jadi Guru, Tak Mahu Pendatang Baharu Tertekan Kerana Dikecam - “Saya Bukan Jenis Veteran Yang…”

27 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Aznil Nawawi Sedia Jadi Guru, Tak Mahu Pendatang Baharu Tertekan Kerana Dikecam - “Saya Bukan Jenis Veteran Yang…”

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi menegaskan dia bukan dalam kalangan penggiat seni veteran yang gemar membandingkan kehebatan artis lama dengan generasi baharu.Sebaliknya, Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil memilih untuk memainkan peranan sebagai orang yang lebih berpengalaman dengan berkongsi ilmu kepada bakat baharu khususnya dalam industri penyiaran.“Saya bukan jenis veteran yang kutuk artis baru kononnya zaman dulu lebih hebat. Saya melihat diri saya sebagai guru.“Kadang-kadang saya DM (mesej langsung) terus artis baru ‘Nak belajar tak? Ada benda tak betul hari itu.’“Sweet Qismina pernah DM saya masa silap sebut dalam program Bintang Kecil RTM, dia nak belajar,” katanya kepada Gempak.Berkongsi lanjut, pelakon filem Cicakman ini berpendapat cabaran yang dihadapi penggiat seni masa kini berbeza berbanding ketika dia mula membina nama dalam industri hiburan.Seperti contoh, golongan pengacara baharu perlu berdepan tekanan seperti kritikan melampau sedangkan mereka masih dalam fasa menimba pengalaman.“Zaman saya dulu cabaran lain. Budak-budak sekarang kalau kena kritik, perlu betulkan semalaman.“Kasihan mereka baru nak belajar tapi semangat dah kena patahkan. Nanti yang tinggal pengacara tua saja, mana nak datang pengacara baru?,” tambahnya.Berkongsi mengenai pendekatan yang digunakannya dalam membantu bakat baharu, Pak Nil memaklumkan antara yang dilakukannya adalah dengan memberi sokongan kepada mereka menerusi sesi siarang langsung di media sosial.Tambah Pak Nil, dia juga tidak keberatan berkongsi ilmu asas pengacaraan kepada mereka yang mahu belajar kerana menganggap usaha tersebut sebagai bekalan amal jariah.“Masa saya buat Malaysian Host Wanted, saya nak hos terbitkan program sendiri macam saya buat Macam-Macam Aznil dan Tom Tom Bak.“Bila saya jadi juri, formula nak menang senang saja, buat benda yang saya tak pernah nampak.“Saya sangat menghargai bakat baru termasuk yang buat siaran langsung dalam TikTok. Kadang-kadang saya masuk bagi hadiah singa untuk beri semangat.“Saya terbuka untuk ajar ilmu asas. Ilmu asas kena kukuh selepas itu terpulang nak bawa cara sendiri.“Selagi saya masih hidup, umur dah 64 tahun, selagi ada inilah saham akhirat saya nanti,” ujarnya lagi.Sebelum ini, kredibiliti pengacara dalam mengendalikan sesuatu acara menjadi perbualan selepas beberapa nama popular, termasuk Daniel Cheang dan Radin Era, berdepan kritikan orang ramai berhubung cara mereka mengendalikan acara tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved