Di mana Nor Rowaiea ?

20 Oct 2026 • 2:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di mana Nor Rowaiea ?

SUBANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun enam bulan dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya di Puchong Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya kira-kira pukul 9.25 malam.

Menurutnya, orang hilang (OH) berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di No. 3-09, Pangsapuri Seri Pelangi, Jalan Puchong Utama 5, Taman Puchong Utama, kira-kira pukul 10.30 pagi.

“OH dikenali sebagai Nor Rowaiea Abdullah, mempunyai ketinggian 155 sentimeter, berat 68 kilogram, berkulit hitam manis, berambut hitam panjang serta bermata hitam.

“OH juga memakai baju berwarna ungu dan berseluar jenis palazo berwarna ungu ketika kali terakhir dilihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat remaja berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Salmah Mohd Nazri di talian 013-3664324. – KOSMO! ONLINE

The post Di mana Nor Rowaiea ? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved