Didakwa esok! ‘Saya reda jika itu harga yang perlu dibayar’ – Shuhaily

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaannya untuk berdepan proses perundangan berhubung pertuduhan yang bakal dihadapinya esok.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata segala keputusan yang dibuat menerusi sistem perundangan negara akan diterima dengan hati terbuka, termasuk kehadirannya di Mahkamah Majistret Sepang, Rabu ini.

Mohd Shuhaily berkata, beliau sudah menjangkakan kemungkinan berdepan situasi berkenaan susulan usaha memperbaiki pengurusan sempadan negara mempunyai harga dan harga itu adalah dirinya.

“Esok saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara.
“Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir mahkamah,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Shuhaily turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan dan mendoakannya ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dalam mempermudahkan saya menjalankan tugas,” ujarnya.
Image from: Didakwa esok! ‘Saya reda jika itu harga yang perlu dibayar’ – Shuhaily

Foto arkib: Bernama

Beliau mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai proses pertuduhan yang akan berlangsung di Mahkamah Majistret Sepang, pagi esok.

Mohd Shuhaily dijangka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 28 September lalu.

Sebelum ini, pada 17 Oktober, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum keputusan lanjut dibuat.

Sumber: Harian Metro (Safeek Affendy Razali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved