Babi hutan masuk masjid, rosakkan perabot

EnvironmentLifestyle
26 Oct 2026 • 10:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Babi hutan masuk masjid, rosakkan perabot

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Blora, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila seekor babi hutan ‘menceroboh’ ke dalam masjid dan mencetuskan kerosakan, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Gempol di daerah Jati, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @tentangblora.id menunjukkan haiwan itu berlari di ruang solat sebelum menyondol  beberapa barang termasuk almari sehingga rosak. 

Bimbang dengan sikapnya yang agresif, warga setempat nekad membunuh haiwan tersebut demi keselamatan jemaah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 769,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Telefon bomba!” kata seorang netizen. 

“Kesan kebakaran hutan dan tanah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Babi hutan masuk masjid, rosakkan perabot appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved