Badminton: Bonus! Malaysia juara tamatkan penantian 22 tahun dengan ganjaran lumayan

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Badminton: Bonus! Malaysia juara tamatkan penantian 22 tahun dengan ganjaran lumayan

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, sekali gus menamatkan penantian selama 22 tahun dalam sektor tersebut buat Malaysia.

Kali terakhir gandingan lelaki kebangsaan merangkul gelaran dalam Terbuka Perancis pada 2004 oleh Koo Kien Keat-Gan Teik Chai.

Dengan kejayaan itu, mereka membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$70,300 (RM296,000).

— BWF (@bwfmedia) October 26, 2026

Untuk rekod, ini merupakan gelaran pertama ranking ke-12 dunia itu musim ini.

Naib juara iaitu rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pula meraih AS$33,250 (RM140,000) dengan Pearly Tan-M. Thinaah dan Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing juga memperoleh jumlah sama selepas memenangi tempat kedua tewas dalam final kepada lawan masing-masing. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved