Terbuka Perancis: Wei Chong-Kai Wun unggul, tewaskan Sze Fei-Izzuddin di final

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Perancis: Wei Chong-Kai Wun unggul, tewaskan Sze Fei-Izzuddin di final

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Perancis 2026 selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam pertarungan final yang menyaksikan pertembungan dua gandingan Malaysia.

Wei Chong-Kai Wun bangkit daripada kekalahan set pertama 13-21 untuk menguasai dua set berikutnya, 21-15, 21-7 dalam aksi yang berlangsung selama 44 minit.

Sze Fei-Izzuddin memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mengawal permainan untuk memenangi set pertama, sekali gus meletakkan tekanan kepada lawan mereka.

Namun, Wei Chong-Kai Wun mempamerkan kebangkitan bertenaga pada set kedua sebelum meneruskan dominasi dalam set penentuan untuk mengesahkan kemenangan dan menjulang gelaran juara.

Kejayaan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun menamatkan kempen di Paris dengan penuh bergaya, manakala Sze Fei-Izzuddin terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.

Walaupun gelaran menjadi milik Wei Chong-Kai Wun, pertembungan sesama wakil negara itu tetap memastikan Malaysia menguasai podium acara beregu lelaki di pentas Terbuka Perancis 2026.

Sementara itu, Gandingan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing menamatkan saingan selaku naib juara susulan tewas kepada gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved