Badminton: Rasmi! Letak jawatan Februari, pemain kebangsaan kembali ke BAM

31 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Badminton: Rasmi! Letak jawatan Februari, pemain kebangsaan kembali ke BAM

Go Pei Kee kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan misi lebih besara untuk beraksi semula dalam arena badminton dunia. 

Perkongsian daripada akbar tempatan The Star dan media sosial Shuttlehard memaklumkan bekas pemain beregu wanita kebangsaan itu akan memulakan latihan secara rasmi di BAM bermula November ini selepas hampir sembilan bulan meninggalkan badan induk itu. 

Difahamkan, pemain berusia 24 tahun itu akan menghiasi sektor beregu campuran Malaysia. Untuk rekod, Pei Kee pernah bergandingan dalam kategori itu bersama Choong Hon Jian dan menduduki ranking ke-38 dunia pada Julai 2024. 

— ShuttleHard 🏸🇲🇾 (@ShuttleHard) October 30, 2026

Ketika bersama Teoh Mei Xing dalam sektor beregu wanita, mereka mencatatkan pencapaian terbaik dengan menduduki tangga ke-18 dunia. 

Terdahulu, dia memilih untuk keluar daripada BAM pada Februari tahun ini. 

Sekembalinya Pei Kee bersama BAM, siapakah yang akan menjadi gandingannya selepas ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved