Bagan Datuk ada potensi

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 7:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bagan Datuk ada potensi

IPOH – Daerah Bagan Datuk berpotensi dibangunkan sebagai “Bandar Pentadbiran Dalam Taman Yang Berdaya Huni, Berdaya Saing dan Beridentiti” dengan kemudahan dan infrastruktur yang baik, peluang ekonomi lebih luas serta persekitaran selesa untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kawasan berkenaan mempunyai potensi cukup besar dan menjadi tugas pemegang taruh berkaitan untuk memastikan setiap potensi itu diterjemahkan kepada pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebagai anak jati Bagan Datuk, sudah tentu saya mahu melihat daerah yang kita cintai ini terus berkembang dengan perancangan yang tersusun dan mengambil kira keperluan masyarakat setempat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan pertemuan dan mendengar pembentangan laporan kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Bagan Datuk bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk serta pihak perunding kajian.

“Saya sentiasa yakin bahawa Bagan Datuk kita ini mempunyai potensi yang cukup besar dan tugas kita adalah untuk memastikan setiap potensi itu diterjemahkan kepada pembangunan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Insya-Allah, kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik untuk Bagan Datuk,” katanya. – Kosmo! Online

The post Bagan Datuk ada potensi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved