“Bagilah Masa, Kerajaan Ada Mandat Sampai Pilihan Raya” – PMX

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 10:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Bagilah Masa, Kerajaan Ada Mandat Sampai Pilihan Raya” – PMX

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan mempunyai mandat untuk mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sama ada Anwar berhasrat membubarkan Parlimen bagi mengembalikan mandat kepada rakyat berikutan wujudnya dakwaan ketidaktentuan ekonomi dan politik pada ketika ini.

Rakyat Tidak Mahu Kerajaan Berpolitik Sepanjang Masa, Kata Anwar

Menurut Anwar, kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat yang mahukan jaminan dalam kestabilan ekonomi negara.

“Tentang mendengar suara rakyat, kita dengar suara rakyat. Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang. Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa.

“Jadi bagilah masa. Kita ada mandat, sampai pilihan raya, (Apabila sampai masanya) bertempurlah pula. Saya tak ada masalah itu.

“Saya pun tak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin. Kerana kita, fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin,” katanya di Dewan Rakyat semalam (14 Julai).

Sudah Tunaikan Janji, Harga Minyak Malaysia Lagi Murah Dari Arab Saudi & Qatar – PM

Berbicara mengenai perkembangan ekonomi, Anwar berkata harga petrol di Malaysia kini lebih rendah berbanding Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekaligus berkata janji beliau sebelum ditabalkan sebagai Perdana Menteri mengenai perkara itu sudah pun tertunai.

“Yang Berhormat Hulu Terengganu (Rosol Wahid), harga minyak di Malaysia lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu fakta pertama yang harus diingat. Cananglah bagaimanapun, kenyataannya sekarang, harga minyak kita lebih rendah.

“Masa kita minta turun sikit RM1.50, harga minyak di Arab Saudi RM0.50. Sekarang kita lebih rendah (iaitu) RM1.99 (manakala) harga di Arab Saudi lebih daripada RM2.40,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata UAE yang juga negara pengeluar utama minyak dan gas turut menaikkan harga bahan api sejak dua bulan lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Minyak Malaysia Lagi Murah Dari Arab Saudi & Qatar – Anwar

Tak Pernah Dakwa Kerajaan Ada Penyelesaian Untuk Semua Isu Ekonomi, Akan Dengar Setiap Pandangan – Anwar

Dalam masa sama, Anwar menerusi sidang parlimen turut berkongsi jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi bersasar RON95 menerusi BUDI serta subsidi diesel yang dikatakan jauh lebih tinggi berbanding pentadbiran terdahulu.

Pun begitu, beliau tidak menafikan bahawa keadaan ekonomi serta hasil negara bagi setiap pentadbiran adalah berbeza selain enggan membuat perbandingan secara langsung.

“Saya tidak pernah mendakwa kerajaan mempunyai penyelesaian sempurna terhadap semua masalah ekonomi. Kita perlu sentiasa mendengar pandangan dan menyesuaikan dasar mengikut keadaan,” ulasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved