
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui kedai makan atau restoran merupakan antara kawasan yang dikenakan larangan merokok.
Peraturan ini dibuat bagi melindungi orang awam dari asap rokok, terutama di kawasan tertutup serta premis makanan mengikut Akta Kawalan Hasil Tembakau.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu dilihat selamba malah tidak takut untuk merokok walaupun telah terdapat tanda larangan diletakkan pada premis berkenaan.
Wanita Berani Tegur, Individu Didakwa Selamba Merokok Di Kedai Makan
Semalam (26 April), tular di media sosial aksi berani seorang wanita menegur seorang individu yang dipercayai merokok di sebuah restoran.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cokelatcair_, kedengaran wanita berkenaan memberi peringatan kepada individu terbabit mengenai kesan perbuatannya yang dipercayai membuang sisa habuk rokok di lantai restoran.
“Fikirlah sikit. Tengok tu you punya, habuk rokok, you nak kutip? You nak sapu ke? Tak de kan?
“Apa? Kenapa diam? Makan-makan lepas tu keluar berjalan, tak fikir benda tu (rokok), tak hormat langsung,” tegurnya.
Wanita Dakwa Akan Buat Report Kepada KKM
Melalui video berkenaan, kedengaran wanita berkaca mata itu menjelaskan dia akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perbuatan pemuda terbabit.
“Saya tak hantar (lapor) lagi kepada Jabatan Kesihatan tahu tak. Awak tunggu jela. Saya tak akan salah kalau saya ada bukti, saya akan hantar,” katanya sebelum berlalu pergi.
Walau bagaimanapun menerusi video tular, tidak kelihatan perbuatan merokok yang dilakukan oleh individu terbabit.
Namun, individu yang yang dipercayai menjadi sasaran teguran wanita itu dilihat mengendahkan teguran terbabit dan hanya mendiamkan diri.
Menerusi hantaran itu juga, jelas tertera papan tanda ‘Dilarang Merokok’ yang diletakkan berhampiran kaunter pembayaran kedai makan berkenaan.
Kongsi pemilik video kepada BuzzKini, insiden berlaku di sebuah restoran yang terletak di Taman Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru pada 23 April lalu jam 8.00 pagi.
Dedahnya, ketika rakaman dilakukan, lelaki berkenaan sudahpun memadam rokoknya.
@cokelatcair_ Dah salahkan? Lagi baik diam. Tapi, semua pun terdiam!!
♬ original sound – cokelat.cair – cokelat.cair
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum & Puji Tindakan Wanita Berani Tegur Individu Merokok
Perkongsian yang telah mendapat lebih dua juta tontonan dan dikongsikan semula di X itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai kagum dan memuji tindakan wanita berkenaan yang berani memberi teguran terhadap individu yang selamba merokok di kawasan restoran.
Malah, sesetengah daripada mereka menyokong dengan tindakan tegas wanita itu yang mahu melaporkan perbuatan individu terbabit kepada pihak berkaitan.
Namun pada masa sama, ada yang berpendapat pemilik premis sepatutnya bertanggungjawab menegur pelanggan terbabit.
Merokok Di Restoran Satu Kesalahan, Ini Cara Buat Aduan Jika Terlihat Individu Merokok Di Kedai Makan
Tahukah anda, perbuatan merokok di kawasan yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok adalah satu kesalahan?
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM5,000 sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.
Jika anda terjumpa dengan individu merokok di kawasan larangan, anda boleh membuat aduan menerusi aplikasi WhatsApp Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di talian 010-8608949.
Aduan juga boleh dibuat menerusi laman web Jom Lapor di pautan ini.
Jangan lupa sertakan sekali bukti bergambar serta butiran seperti lokasi, tarikh dan masa kejadian.
Nampak pelanggan merokok di restoran ?Premis makanan tidak meletak papan tanda larangan merokok? Orang ramai boleh…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday 17 January 2023
Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday 7 October 2024
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Bagus Akak Ni, Kadang Owner Kedai Pun Tak Tegur”

“Terima Kasih Kepada Akak Yang Berani Tegur Perokok Dalam Kedai Makan, Pada Masa Sama, Puji Sikap Diam (Individu) Tak Melawan, Kalau Orang Lain Dah Menjawab Kecoh Satu Kedai”

“Aku Suka Akak Tu Tegur, Sebab Tak Semua Orang Berani Tegur”

“Perhatian Buat Perokok, Aku Pun Perokok Juga, Nasihat Ini Untuk Korang & Aku Sendiri, Tempat Yang Dilarang Macam Kedai Makan & Lain-Lain Jangan La Merokok”

Baca Artikel Berkaitan: “Aircond Bang, Semua Orang Bau” – Pemandu Tegur Warga Emas Didakwa Merokok Dalam Bas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bangga, Tetap Berkeras Hisap Rokok Selepas Ditegur Di Cafe Bikin Ramai Panas Hati
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Jalankan Siasatan Tatatertib Selepas Tular Video Anggota Merokok Di Restoran
