![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/dicky.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Dicky Yau telah dibantu oleh mekanik jalanan, Abang Minyak Hitam Jalanan selepas rantai motosikalnya putus.
Dalam video tular itu, Abang Minyak Hitam memaklumkan kepada Dicky tidak perlu membayar upahnya sebaik melihat baki yang dimiliki oleh lelaki dari Sabah berkenaan.
@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. : hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” : bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. : tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia , Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah , setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah
♬ original sound – romiez – romiez
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Dicky terharu dan orang ramai turut berasa sebak serta ramai yang mahu menghulurkan bantuan.
Namun Dicky kemudiannya tampil menjelaskan tidak mahu menerima sebarang sumbangan memandangkan motosikalnya sudah pun dibaiki selepas mendapat bantuan dari Abang Minyak Hitam Jalanan.
Malah dia turut memaklumkan akan menyalurkan sumbangan diterimanya kepada Abang Minyak Hitaman Jalanan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan terkandas di jalan akibat kerosakan motosikal.
Namun itu tidak menghalang orang ramai daripada turun berkunjung ke restoran Galah Gala di pusat beli-belah KL East Mall untuk memberi sokongan kepada Dicky yang merupakan pekerja di premis berkenaan.
View on Threads
Wanita jumpa Dicky sampaikan sumbangan orang ramai
Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita dipercayai hadir bersama individu lain telah berkunjung ke restoran terbabit.
Menerusi video dikongsikan di TikTok oleh Alvira’ Aqira, kelihatan seorang lelaki telah bersalaman dengan Dicky dan memberikan sampul dipercayai berisi wang tunai.
Turut kedengaran suara Alvira mengatakan sumbangan dalam sampul itu diberikan oleh orang ramai.
Dalam video itu, kelihatan wajah Dicky seperti berat untuk menerimanya mungkin kerana ia terlalu besar makna buat dirinya.
Bagaimanapun sumbangan itu tetap diambil oleh Dicky dan kelihatan dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan.
“Bukan daripada kami sahaja tapi rakyat Malaysia. Bye-bye Abang Dicky bulan depan kami datang lagi,” katanya.
Dicky turut tampil ucap terima kasih kerana beri sumbangan pada anaknya
Di ruangan komen, Dicky turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan buat anaknya.
![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ramai-bagi-bantuan-dkt-dicky-7.jpg)
Bukan hanya itu, ramai juga yang mengatakan mereka sebak setiap kali melihat video yang tular memaparkan Dicky dan Abang Minyak Hitam Jalanan.
Malah ada yang mencadangkan Dicky untuk dinaikkan pangkat atau diberikan bonus atas kerja yang dilakukan.
Tidak kurang ramai turut berkongsi kenangan sempat merakamkan gambar bersama Dicky di restoran berkenaan.
Terdahulu kisah Dicky yang dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan dan usahanya untuk membantu orang lain pula dengan hasil ‘gift’ yang diterima menerusi TikTok Live nyata menyentuh hati rakyat Malaysia.
Malah tindakan murni kedua-dua individu ini membuktikan rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan suka membantu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
@aieraa01_ Walaupun ujian datang bertalu-talu percaya yang TUHAN itu ada #fy #fypage #minyakhitamjalanan
♬ Kita Usahakan Lagi – Batas Senja
“Nampak tak semua, bila kita buat baik dan tolong sesama manusia, tak kira bangsa atau agama. Apa sekali pun ni hasil ya. Terbaik rakyat Malaysia dan aku bangga jadi warga Malaysia.”
![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ramai-bagi-bantuan-dkt-dicky-4.jpg)
“Dekat mana abang tu kerja ya, saya nak turun KL mana tahu boleh atau sempat jumpa dan bagi bantuan walaupun bukan banyak.”
![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ramai-bagi-bantuan-dkt-dicky-1.jpg)
“Wah Dicky dah jadi face of Galah Gala, rezeki majikan dan anak tersayang”
![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ramai-bagi-bantuan-dkt-dicky-2.jpg)
“Bagi bonus lah bos”
![Image from: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ramai-bagi-bantuan-dkt-dicky-3.jpg)





