“Bagus budak ni” – Muat Naik Selfie Dengan Muhyiddin Yasin, Ramai Puji Syed Saddiq Sebab…

Politics
5 Dec 2022 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun daripada parti yang berbeza dan mempunyai pandangan politik yang tidak serupa, ia tidak menghalang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menghormati ketua parti lawan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Syed Saddiq telah memuat naik selfie yang memaparkan beliau bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional.

“Hormat saya kepada TS Muhyiddin tetap kekal”

Menurut Syed Saddiq, memandangkan kini pilihanraya sudah tamat, ia adalah masa untuk mereka fokus berkhidmat untuk negara.

Malah tambahnya lagi, walaupun berada di dalam parti yang berbeza, ia tidak menghalangnya untuk terus menghormati Ahli Parlimen Pagoh itu dan meluangkan masa bersembang mengenai situasi politik negara selama dua jam lamanya.

“Pilihanraya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepasa TS Muhyiddin tetap kekal.

“Hormat kawan & lawan. 2 jam berbual, catching up on life after elections. TSMY juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak.

“Let’s build a Malaysia which is governed with integrity & dignity, a country where all Malaysians feel at HOME,” katanya.

Pengerusi MUDA ini juga berkata, dia percaya kepada politik bipartisan dan negara kita memerlukan pembangkang yang efektif demi membawa Malaysia ke hadapan.

“Yang tua-tua boleh la ikut perangai”

Rata-rata netizen memuji sikap Syed Saddiq yang menghormati mereka yang lebih senior dalam politik dan juga berharap sikap ini boleh diikuti oleh pemimpin politik yang lain.

image is not available

Keep it up Syed Saddiq! Semoga jadi contoh ikutan ahli politik lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.