Bahagia Bertukar Duka, Pemuda Maut Pada Hari Pertunangan

27 Mar 2026 • 9:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Detik yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna bertukar menjadi tragedi apabila seorang nelayan, Mohamad Shahrin Mohd, dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan pagi tadi.

Rancang pertunangan pada hari ini

Lebih memilukan, hari kejadian merupakan tarikh yang dirancang untuk majlis pertunangannya.

image is not available

Baru bertemu malam sebelum kejadian

Memetik laporan daripada Berita Harian, bakal tunang mangsa, Ain Sofea Aminu Nansar, 25, tidak menyangka pertemuan terakhir mereka malam sebelum kejadian menjadi kenangan terakhir.

Mereka sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan sekitar jam 3 petang di rumah keluarganya di Kampung Manir.

“Namun apakan daya Allah lebih menyayanginya. Semalam saya sempat menemui arwah dan menghantar baju untuk dipakainya pada hari pertunangan kami hari ini.
“Tetapi tak sangka dia tidak sempat memakainya untuk majlis pertunangan kami,” katanya.

image is not available

Menurut Ain Sofea, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika ditemui kali terakhir dan berkelakuan seperti biasa.

“Saya reda dengan ketentuan ini walaupun sedih kerana kami tidak sempat bertunang,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Hafiz Mohd, 36, memaklumkan terdapat perubahan pada sikap arwah sebelum kejadian. Pada hari pertama Syawal lalu, arwah dilihat bersungguh-sungguh mahu bergambar bersama anak-anak saudaranya.

“Tapi hari itu dia yang beria-ia ajak semua anak saudara untuk bergambar bersama mungkin itu petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Kanak-Kanak Rentung, Lori Dipandu Bapa Terbakar Di Pasir Gudang

Jenazah Mohamad Shahrin, 33, selamat dikebumikan pada jam 5 petang di Tanah Perkuburan Islam Cengal, Pulau Duyong.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 7.30 pagi di Jalan Kampung Duyong.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Berita Harian (Nazdy Harun)

The post Bahagia Bertukar Duka, Pemuda Maut Pada Hari Pertunangan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved