Tolonglah, JANGAN BUANG PUNTUNG ROKOK SESUKA HATI!
Sekarang kita sedang berada di kemuncak musim panas dan gelombang haba. Rumput di tepi lebuh raya, tanah lapang, dan bahu kebun semuanya sudah kering kontang ibarat 'kertas surat khabar' yang menunggu masa untuk dibakar.
Punca utama kebakaran terbuka selalunya sangat kecil, SEBATANG PUNTUNG ROKOK yang dibuang sambil lewa
Nampak macam remeh, kan?
Tapi tahukah anda bara rokok tu bersuhu sekitar 400°C hingga 900°C. Bila ia jatuh atas daun kering dan ditiup angin panas, ia terus mencetuskan rantaian api yang sangat susah dikawal.
Akhirnya, siapa yang jadi mangsa?
Anggota Bomba kita yang tak putus-putus menerima panggilan kecemasan. Mereka terpaksa berlari ke sana sini, memerah keringat, menyedut asap tebal, dan merisikokan nyawa mereka... hanya kerana sikap 'pemalas' dan tidak peduli anda yang membuang puntung rokok dalam masa beberapa saat itu.
Ubah mentaliti sivik kita sekarang
❌ Jangan biasakan buang puntung rokok ikut tingkap kereta
❌ Jangan campak merata di tepi jalan atau kawasan rekreasi.
❌ Jangan pijak ala kadar dan assume ia dah padam. (Bara di dalam tu masih hidup jika terkena angin!).
Satu puntung rokok pada anda mungkin nampak kecil. Tapi pada alam sekitar dan pasukan penyelamat, ia adalah permulaan kepada bencana besar.
Hormati peluh dan usaha wira merah kita. Jaga tangan kita daripada menjadi punca mereka terpaksa bertaruh nyawa di lapangan
#PublicHealthMalaysia #BombaMalaysia #JBPM #KebakaranTerbuka #CuacaPanas #GelombangHaba #HentikanSikapBuruk #KeselamatanAwam #Kemarau #WiraMerah
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




