Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (27 September) bekas ahli kumpulan pelawak Shiro, Shahrol dalam satu hantaran di Instagram telah berkongsi berita gembira apabila dia ditawarkan menjadi tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Shahrol Shiro Jadi Tenaga Pengajar Bagi Subjek Seni Lakon, Sambut Baik Tawaran UKM
Menerusi hantaran sama, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut berkongsi surat tawaran bertarikh 10 September 2026 yang diperolehinya.
Berdasarkan perkongsian berkenaan, Shahrol yang merupakan Juara Raja Lawak Musim Ke-6 dilantik menjadi tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Sains Citra bagi semester I sesi 2026/2027 untuk kursus Seni Lakon I di kampus UKM yang terletak di Bangi.
“Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan individu berdiri di atas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.
“Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat.
“Saya menyambut baik tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia UKM sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027.
“Semoga komedi beredukasi ini dapat membantu perjalanan di lapangan kelak. Jumpa nanti ya adik-adik UKM,” katanya.
Warganet Beri Pelbagai Reaksi Perkongsian Shahrol Sebagai Tenaga Pengajar
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Ramai yang menzahirkan ucapan tahniah atas tawaran berkenaan namun ramai juga yang mempersoal pelantikan pelawak terbabit.
Antaranya, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Najib Bakar yang berpendapat ramai lagi individu lebih layak menerima jawatan tersebut antaranya seperti pelakon Namron, Bront Palarae atau Sabri Yunus.
“Bangun pagi, tengok Shahrol Shiro jadi pensyarah UKM. Ingatkan mimpi, rupanya betul.
“Baik bagi orang lama dalam bidang seni macam bang Namron, Bront Palarae, bang Sabri Yunus ke.
“Orang yang over exposed dalam media sosial sebagai orang politik ni macam tak berapa kena saja?” tulisnya.
Malah, ada juga netizen yang mempersoal sebab serta rasional di sebalik pelantikan Shahrol sebagai tenaga pengajar.
Tidak kurang juga ada yang meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan UKM sendiri.
View on Threads
Info Tentang Shahrol Shiro
Sekadar info, Shahrol yang juga seorang pelakon dan bekas penyampai radio turut dikenali dengan penglibatannya dalam bidang politik tanah air bersama UMNO.
Malah, Shahrol turut aktif dalam gerakan politik di Johor serta pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK).
Pada 26 November 2025, Shahrol berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan dan pemasaran digital di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ini antara komen warganet yang lain:
“Selamat Bertugas Shahrol”

“Mohon UKM Bagi Penjelasan Apa Kelayakan Shahrol Shiro Sehingga Boleh Dilantik Jadi Pensyarah, Ini Bukan Soal Iri Hati, Tapi Demi Integriti Sebuah Universiti”

“Semoga Menggalas Tanggungjawab Dengan Cemerlang!”

“Macam Mana Pelawak Boleh Jadi Tenaga Pengajar Ni? Apa Kelayakan Dia Ni? Rosak La Anak-Anak Muda”

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rosmah Saman Harith Iskander: “Bergurau Cara Melayu, Biarlah Beradat” – Shahrol Shiro ‘Tegur’ Ulasan Afdlin Shauki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Baik Ayah Glamour”- Shahrol Shiro Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Geli Dia Panggil Sahabat”- Akui Dah Bertahun Tak Berhubung, Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol Shiro [Video]






