Shahrol Shiro hanya terlibat latihan amali tanpa pengajaran kuliah

Entertainment
28 Sep 2026 • 5:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Shahrol Shiro hanya terlibat latihan amali tanpa pengajaran kuliah

PETALING JAYA: Pelawak Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Kelas Seni Lakon yang memberi tumpuan kepada bidang komedi secara langsung.

Pusat Komunikasi Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pelantikan itu membabitkan Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC).

“Menerusi pelantikan berkenaan, Shahrol hanya memberikan latihan amali dan praktikal tanpa melibatkan pengajaran di dalam kuliah.

“Pelantikan ini juga adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kursus Citra UKM (Seni Lakon) merupakan kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar universiti berkenaan.

Program itu bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan.

FPSC merupakan fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian bersifat transdisiplin meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.- UTUSAN

The post Shahrol Shiro hanya terlibat latihan amali tanpa pengajaran kuliah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved