Bajet 2026, Anwar menuju ke Parlimen menaiki Proton e.MAS

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 8:01 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dengan berbaju Melayu biru lembut, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan (MOF) pada jam 3.30 petang, menuju ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2026.

Perdana Menteri membawa bersama sebuah beg bewarna hitam mengandungi dokumen penting Bajet 2026, iaitu dokumen yang dinantikan rakyat.

Beg berkenaan difahamkan direka oleh Anthony Liew You Chung, seorang pereka orang kurang upaya (OKU).

Sebelum berangkat ke Parlimen, Anwar menyertai bacaan doa. Turut mengiringi beliau ialah Menteri
Kewangan 11, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau menaiki kereta elektrik Proton e.MAS 7 menuju ke Parlimen.


https://youtube.com/shorts/c1pbUTq1ztA?si=8q5I2ODv6bJEc4gS

Berdasarkan laporan media, Anthony berasal dari Kuching, Sarawak dan aktif bersama Heart Treasures iaitu sebuah perusahaan sosial yang menyediakan latihan, terapi dan pekerjaan kepada golongan muda berkeperluan khas.

Anthony yang menghidap autisme dan masalah pendengaran menenun panel beg menggunakan sarung tangan nitril terpakai.

Sementara itu, Dalam taklimat media sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan Bajet 2026 Kerajaan Madani akan menumpukan pada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi, dan pembinaan asas negara yang mampan dan inklusif.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan melalui proses perbahasan selepas dibentangkan hari ini.

Ia akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari, diikuti sesi penggulungan oleh kementerian dari 29 Oktober hingga 4 November.

Perbahasan di Peringkat Jawatankuasa akan menyusul dari 5 hingga 27 November sebelum ia diluluskan. – 10 Oktober, 2025

The post Bajet 2026, Anwar menuju ke Parlimen menaiki Proton e.MAS appeared first on Scoop.