Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival

17 Aug 2023 • 5:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga yang disertakan adalah pas untuk 2 hari acara tersebut, menarik!

Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival. Bagi para peminat muzik di Malaysia, tiket pembelian Borneo Sonic Festival bakal dibuka mulai esok dan para peminat kini boleh membeli tiket bagi menyaksikan festival muzik yang dinanti-nantikan ini.

Untuk memastikan anda tidak ketinggalan, kami sedia memberikan panduan langkah demi langkah untuk membeli tiket festival ini.

image is not available
Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival

Hanya dengan tiga langkah yang mudah

Langkah pertama

Kenal pasti kategory yang anda pilih sama ada VIP, CAT 1, CAT 2, CAT 3, CAT 4 dan CAT 5. Jika anda tidak tahu kedudukan untuk setiap kategori tersebut, boleh lihat di bawah:

image is not available

Untuk pengetahuan anda, harga yang disertakan untuk setiap kategori tersebut adalah pas untuk 2 hari acara tersebut! Wahh berbaloi jika dibandingkan dengan harga konsert di tempat lain.

Langkah kedua

Pilih berapa tiket yang anda mahu beli. Turut diingatkan bahawa setiap seorang hanya boleh membeli maksimum 4 tiket sahaja.

**Peringatan juga buat anda, pihak Borneo Sonic tidak melibatkan sebarang pihak ketiga atau orang dalam (ticketing service) untuk membeli tiket muzik festival ini.

Isi maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau nombor passport, alamat email dan nombor telefon anda di ruangan yang disediakan.

image is not available

Akan tetapi, jika anda membeli tiket lebih daripada seorang, sila pastikan maklumat orang tersebut adalah benar. Hal ini kerana butiran dan e-tiket akan dihantar untuk pengesahan nanti.

Langkah ketiga

Semak semula pesanan dan maklumat anda, jika semua maklumat yang masukkan adalah benar, anda boleh ke langkah seterusnya iaitu membayar tiket tersebut.

Pembelian tiket tersebut boleh dilakukan melalui transaksi kad debit dan kredit, online transfer FPX dan GRABpay/ Paylater.

image is not available

Selesai melaukan transaksi, and all done! Anda hanya menunggu e-tiket akan masuk pada email anda. Good luck guys!

Lagi artikel menarik, baca pautan di bawah: