Ballon d’Or: Lewy anggap Yamal layak diangkat

FootballSports
26 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ballon d’Or: Lewy anggap Yamal layak diangkat

BARCELONA – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal dianggap lebih layak untuk menjulang Ballon d’Or apabila bekas rakan sepasukan, Robert Lewandowski yakin pemain sayap itu memiliki segala ramuan untuk bergelar pemain terbaik dunia.

Menurut Lewandowski, potensi Yamal yang terus mencuri perhatian menerusi aksi memukau bersama Barcelona dan Sepanyol secara konsisten sangat luar biasa memandangkan usianya baru 19 tahun.

Lewandowski berkata, Yamal berpeluang cerah untuk memenangi anugerah individu berprestij itu pada awal pagi esok walaupun menganggap persaingan kali ini lebih terbuka.

“Sudah tentu saya menyokong Yamal untuk memenangi Ballon d’Or kerana dia luar biasa, terutama pada usianya.

“Namun, jika dibandingkan dengan zaman dahulu, keadaannya sedikit berbeza. Sekarang persaingan lebih terbuka dan mungkin ada 10 pemain yang mempunyai untuk mendakap Ballon d’Or 2026,” katanya.

Selain Lewandowski, tonggak antarabangsa Brazil, Raphinha turut menyifatkan Yamal memiliki kualiti luar biasa sehingga layak dianggap antara pemain terbaik dunia ketika ini.

“Yamal telah membuktikan bahawa dia pemain terbaik dunia ketika ini dan saya rasa perkara itu tidak perlu diperdebatkan.

“Sesiapa yang mencintai bola sepak pasti sedar betapa istimewanya dia di atas padang,” katanya yang juga kapten Barcelona musim ini. – AGENSI

 

The post Ballon d’Or: Lewy anggap Yamal layak diangkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved