Banduan Pertama Peroleh PhD Dalam Penjara Dibebaskan Dengan Pengampunan Sultan Selangor

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 12:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebanyakan individu yang mengambil pra-universiti seperti matriks, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pasti memasang niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda.

Tetapi tidak ramai yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana selepas tamat pelajaran di universiti pada tahap sarjana muda. Ada yang mahu terus membina kerjaya dan keluarga.

Tetapi apabila seseorang itu nekad mahu mendapatkannya, mereka pasti akan berusaha sebaik mungkin meskipun terdapat pelbagai halangan serta cabaran yang mendatang.


Banduan Pertama Raih PhD Jadi Prospek Kebanggaan Jabatan Penjara Malaysia

Kisah seorang banduan dikenali sebagai Murad (bukan nama sebenar) yang berjaya memperolehi ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman di dalam penjara pastinya memberi inspirasi kepada masyarakat.

Siapa sangka, individu di sebalik tirai besi sejak berusia 14 tahun dan kini berusia 37 tahun berjaya memperolehi pencapaian tersebut yang cukup membanggakan.

image is not available
Sumber: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Lebih mengagumkan lagi apabila Murad juga merupakan prospek pertama dari Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

“Untuk makluman, Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan setelah menyambung pelajaran semasa menjalani hukuman pemenjaraan,” Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah kenyataan dimuat naik di laman Facebook.

Murad Juga Terima Pengampunan Sultan Selangor Untuk Dibebaskan Dari Penjara

image is not available
Sumber: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Malah, Murad juga dibebaskan dari penjara selepas diberikan pengampunan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersempena Hari Keputeraan baginda pada Rabu lalu (11 Disember).

Sebagai info, Murad telah menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

image is not available
Sumber: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Ketika hari pembebasannya, Murad tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira pada wajahnya ketika waran pembebasan dibacakan oleh Pengarah Penjara Kajang TKP Preshahdin bin Monshee.

“TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan,” tambah Jabatan Penjara Malaysia.

Bukan itu sahaja, pihak jabatan juga sedia membantu sekiranya Murad memerlukan sebarang pertolongan.

image is not available
Sumber: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Murad Luah Rasa Syukur Kepada Sultan Selangor Dan Jabatan Penjara Malaysia

Murad turut menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor di atas pengampunan baginda.

Pada masa yang sama, lelaki terbabit turut berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pengajian sehingga peringkat PhD.

“Tambahan Murad, segala jasa baik dari pihak Jabatan akan sentiasa dikenang dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dikembalikan dengan lebih sempurna,” Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan mereka.

Source: