
Banyak sebab dan punca mengapa sesebuah rumah itu dilelong oleh pihak bank, ia termasuklah kehilangan sumber pendapatan pemilik, penceraian dan macam-macam lagi.
Jika anda membesar di sekitar Petaling Jaya, pasti anda kenal dengan sebuah rumah banglo yang sangat besar dan dikatakan ‘berpenunggu’ serta kelihatan agak misteri.
Rumah yang dimaksudkan ialah SG House yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan ia seakan sudah sebati dengan penduduk di sekitar perumahan tersebut.
Banglo mewah yang menjadi bualan ramai sejak bertahun-tahun lamanya itu kini telahpun dijual pada seorang individu yang tidak didedahkan namanya.
Dalam sebuah perkongsian oleh page KL & Selangor Best Buy Auction Properties di Facebook, difahamkan banglo tersebut dijual dalam sebuah bidaan dengan harga RM 4.4 juta.
充满神秘感的加星山废置豪宅今早被投走了!!The infamous Gasing Mansions SOLD at RP RM 4.4 mil just now!!! Salute & congratulations to the successful bidder!!!
Posted by KL & Selangor Best Buy Auction Properties on Monday, December 12, 2022
Ada cerita di sebaliknya?
Banyak cerita yang pernah menyelubungi banglo misteri ini dan antara yang terkenal ialah pemiliknya yang dipercayai ramai bernama Sanjay Gill, telah membunuh dirinya sendiri ketika menghadapi masalah kewangan besar dalam perniagaannya.
Ada juga khabar angin yang mengatakan rumah tersebut menjadi ‘berhantu’ kerana isteri kepada lelaki tersebut telah membunuh perempuan simpanan suaminya di dalam rumah itu dan menggantung dirinya sejurus selepas itu.
Pun begitu, kesahihan cerita-cerita ini masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak tahu siapa yang beli rumah tu kan?
Baca: Disahkan ‘Berhantu’ Oleh Mahkamah, Ini Cerita Disebalik Pengisytiharan Rumah Berhantu New York

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




