Bangunkan negeri seperti Pulau Pinang? Akmal Saleh bidas calon PH – “Johor tertinggi KDNK, kenapa nak turunkan?”

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 11:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyifatkan dakwaan calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar yang mendakwa gabungan itu mampu membangunkan Johor seperti Selangor dan Pulau Pinang sebagai tidak berasaskan fakta, susulan prestasi ekonomi negeri ini yang kini mencatat pertumbuhan tertinggi di negara.

Beliau berkata, berdasarkan data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Johor merekodkan pertumbuhan sebanyak lapan peratus, mengatasi Selangor (6.3 peratus) dan Pulau Pinang (7.3 peratus).

“Apabila saya baca kenyataan itu, saya tertanya-tanya juga. Johor kini berada di kedudukan nombor satu dengan pertumbuhan KDNK dengan lapan peratus. Kalau nak jadikan Johor seperti Pulau Pinang atau Selangor, kenapa pula hendak turunkan negeri ini ke tangga kedua atau ketiga?” katanya.

Image from: Bangunkan negeri seperti Pulau Pinang? Akmal Saleh bidas calon PH – “Johor tertinggi KDNK, kenapa nak turunkan?”

Menurutnya, angka tersebut merupakan data rasmi yang dikeluarkan agensi berwibawa dan tidak wajar diputar belit oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan semua pemimpin supaya membuat kenyataan berdasarkan fakta agar tidak mengelirukan rakyat.

Image from: Bangunkan negeri seperti Pulau Pinang? Akmal Saleh bidas calon PH – “Johor tertinggi KDNK, kenapa nak turunkan?”

Artikel lain: UMNO bukan parti anak beranak! Akmal Saleh bidas Puad Zarkashi

Sebelum ini, Onn Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat dilaporkan berkata gabungan PH mampu membawa pembangunan lebih menyeluruh di Johor berdasarkan pengalaman mentadbir Selangor dan Pulau Pinang, selain mendakwa rekod mereka terbukti memberi manfaat kepada rakyat.

Akmal turut menyeru rakyat Johor agar terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri dapat diteruskan di bawah pentadbiran semasa. Barisan Nasional

Sumber: FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved