Banjir: 34 keluarga Kampung Janda Baik terjejas

LocalEnvironment
21 Sep 2026 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir: 34 keluarga Kampung Janda Baik terjejas
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turun padang menemui mangsa yang berada di PPS. Foto APM Bentong

KUANTAN - Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kampung Janda Baik, Bentong dinaiki air hingga menjejaskan 34 keluarga, pada Ahad.

Ekoran banjir kilat yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 petang itu, semua 105 mangsa yang terlibat dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bentong, Leftenan Pertahanan Awam (PA) Azizah Husain berkata, sehingga jam 12 tengah hari semua mangsaasih berada di PPS berkenaan.

Menurutnya, keadaan banjir bagaimanapun telah surut dan ada penduduk terjejas telah kembali untuk membersihkan rumah masing-masing.

"Bilangan rumah terjejas 34 buah manakala anggaran kerosakan masih dalam siasatan," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa yang dipindahkan termasuk 12 warga emas dan 34 kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved