Banjir kilat, 16 pokok tumbang di Perlis

LocalEnvironment
29 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir kilat, 16 pokok tumbang di Perlis

ARAU – Hujan lebat disertai angin kencang yang melanda Perlis sejak awal pagi tadi mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Arau dan Padang Besar selain menyebabkan 16 kejadian pokok tumbang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis berkata, antara kawasan terjejas dan dipantau ialah Kampung Bumbung Lima Batas Liku, Kampung Rani Estet, Rancangan Perumahan Awam serta Kampung Titi Besi.

“Banjir kilat berlaku berikutan hujan lebat pagi tadi dan setakat pukul 2.38 petang, sebanyak 16 kes pokok tumbang diterima serta kesemuanya telah diselesaikan. Pemantauan turut dilakukan di beberapa kawasan berisiko banjir bagi melihat perkembangan paras air,” katanya hari ini.

Menurutnya, paras air di Kampung Bumbung Lima Batas Liku dilaporkan meningkat pada pukul 1.14 tengah hari, manakala keadaan di Kampung Rani Estet semakin pulih apabila air surut sepenuhnya pada pukul 1.50 tengah hari.

Katanya, paras air di Kampung Titi Besi pula semakin menurun ketika pemantauan dilakukan pada pukul 2.15 petang, manakala penduduk di kawasan terjejas yang enggan berpindah diberikan nombor talian kecemasan MERS sekiranya memerlukan bantuan.

Hujan lebat turut menyebabkan air melintasi jalan besar berhampiran Kampung Kolam selain paras air naik sehingga separas buku lali di kawasan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.

Di kawasan Padang Besar, takungan air turut dilaporkan berlaku di atas jalan sekitar Balai Baru, Beseri, manakala APM terus melakukan pemantauan di kawasan berisiko sekiranya hujan lebat kembali berlaku. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir kilat, 16 pokok tumbang di Perlis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved