220 mangsa terjejas banjir kilat di Gua Musang dipindahkan ke tiga PPS

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 220 mangsa terjejas banjir kilat di Gua Musang dipindahkan ke tiga PPS

GUA MUSANG – Seramai 220 mangsa melibatkan 56 buah keluarga yang terjejas banjir kilat susulan hujan lebat semalam dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Masjid Jeram Tekoh menempatkan 144 mangsa, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh melibatkab seramai 39 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh pula 37 mangsa.

Sementara itu, satu lagi PPS iaitu Balai Raya Felda Chiku 6 turut dibuka, namun masih belum menerima mangsa banjir. – KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved