Banjir besar Nepal: 11 rakyat Malaysia gagal dihubungi

26 Aug 2026 • 10:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir besar Nepal: 11 rakyat Malaysia gagal dihubungi

PETALING JAYA: Seramai 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, Nepal gagal dihubungi selepas kawasan tersebut dilanda banjir besar.

Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wisma Putra berkata, kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung daripada gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik akibat bencana berkenaan.

“Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal.

“Ini bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau sedang melakukan perjalanan di Nepal terutama mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada.

Tambahnya, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan. – UTUSAN

The post Banjir besar Nepal: 11 rakyat Malaysia gagal dihubungi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved