Banjir Gua Musang: 16 mangsa daripada dua keluarga diselamatkan bomba

5 Nov 2026 • 9:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Gua Musang: 16 mangsa daripada dua keluarga diselamatkan bomba

GUA MUSANG, 5 NOV: Sebanyak 16 mangsa daripada dua keluarga terjejas dalam kejadian banjir yang melibatkan dua buah rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis, berhampiran Tropicana Aquarium, Gua Musang awal pagi tadi.

Komander Operasi Mohd Shukri Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.55 tengah malam, sebelum jentera bersama dengan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 1.10 pagi.

Beliau berkata rumah pertama menempatkan lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang bayi lelaki, manakala rumah kedua dihuni 11 mangsa termasuk seorang lelaki warga emas, sembilan lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Kesemua 16 mangsa didapati selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian, namun paras air di kawasan kediaman mereka dilaporkan semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota bomba bertindak mengharung air dengan menggunakan peralatan keselamatan Personal Flotation Device (PFD) bagi membantu membawa keluar mangsa dari kawasan terjejas.

Mohd Shukri berkata pasukan turut mengambil maklumat berkaitan kejadian, sebelum beredar kembali ke balai selepas pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan selamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved