Bomba redah banjir selamatkan 16 mangsa termasuk bayi, warga emas

LocalEnvironment
5 Nov 2026 • 7:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba redah banjir selamatkan 16 mangsa termasuk bayi, warga emas
Anggota BBP Gua Musang menggunakan peralatan keselamatan bagi menyelamatkan 16 mangsa dari dua rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis, Gua Musang awal pagi Khamis. Foto JBPM
Image from: Bomba redah banjir selamatkan 16 mangsa termasuk bayi, warga emas
Pemeriksaan mendapati dua rumah terjejas dengan paras air semakin naik. Foto JBPM

GUA MUSANG - Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang meredah air banjir menggunakan peralatan keselamatan bagi menyelamatkan 16 mangsa dari dua rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis di sini awal pagi Khamis.

Tindakan pantas pasukan penyelamat itu berjaya membawa keluar kesemua mangsa termasuk seorang bayi lelaki dan warga emas selepas paras air di kawasan kediaman mereka semakin meningkat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shukri Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.55 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

**media[3700273]**

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati dua rumah terjejas dengan keseluruhan 16 penghuni berada dalam keadaan cemas ketika paras air semakin naik.

"Rumah pertama dihuni lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dewasa serta bayi lelaki.

"Manakala rumah kedua pula menempatkan 11 mangsa iaitu seorang lelaki warga emas, sembilan lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, anggota bomba menggunakan Personal Flotation Device (PFD) ketika meredah air bagi membawa keluar kesemua mangsa ke tempat selamat.

Menurutnya, semua 16 mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, operasi ditamatkan selepas pihaknya memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat sebelum jentera dan anggota kembali ke balai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved