Pekerja kedai runcit, remaja 16 tahun mengaku salah lari sekatan polis

4 Nov 2026 • 1:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja kedai runcit, remaja 16 tahun mengaku salah lari sekatan polis

GUA MUSANG – Seorang pekerja kedai runcit dan rakannya yang merupakan pelajar Tingkatan Empat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ketika melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) polis pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Noraiman Firdaus Abdullah, 19, dan rakannya yang berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja itu didakwa menunggang dua motosikal jenis Honda pada kelajuan tinggi serta menduga kelajuan di Jalan Persiaran Raya di sini kira-kira pukul 2.30 pagi pada 30 Oktober 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asma’a Che Omar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 kepada Muhamad Noraiman dan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin iaitu ibu atau bapa terhadap remaja yang berusia 16 tahun itu.

Mahkamah turut menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan akhlak bagi remaja tersebut dan kedua-dua tertuduh menbayar denda dan jaminan tersebut.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh dikesan anggota polis yang menjalankan Op Samseng Jalanan sebelum cuba melarikan diri dan melepasi SJR polis di Bandar Lama di sini pada 30 Oktober lalu.

Pelajar Tingkatan Empat itu berjaya dicekup di Kampung Mentara di sini manakala Muhamad Noraiman diberkas di jalan mati di Pekan Bandar Lama. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja kedai runcit, remaja 16 tahun mengaku salah lari sekatan polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved