Banjir kilat, sembilan jalan di Gua Musang terjejas

20 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir kilat, sembilan jalan di Gua Musang terjejas

GUA MUSANG – Sebanyak sembilan jalan perhubungan utama di kawasan perkampungan daerah ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang melanda sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, daripada jumlah itu, lima laluan sudah dibuka manakala empat lagi tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Katanya, laluan yang terjejas termasuk jalan Sungai Asap B, Jalan Renok Baru A, Kampung Baru Jeram Tekoh, Taman Agropolitan Rantau Manis, Felda Perasu, Felda Chiku 7, Serian Batu 11 dan Jambatan Sungai Kerak Limau Kasturi 1.

“Empat laluan yang masih terjejas iaitu di Felda Chiku 7, Jalan Serian Batu 11, Jambatan Sungai Kerak Limau Kasturi dan jalan menuju ke penempatan Felda Chiku 7 tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan yang dinaiki air dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan nyawa pengguna,” katanya.

Sementara itu, menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 260 mangsa daripada 67 keluarga setakat petang ini.

Lima PPS berkenaan ialah PPS Masjid Jeram Tekoh, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh, Balai Raya Felda Chiku 6 dan SK Limau Kasturi 1. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir kilat, sembilan jalan di Gua Musang terjejas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved