Banjir kilat setiap bulan

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 8:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir kilat setiap bulan

TEMERLOH: Penduduk di Perumahan Makmur Paya Jejawi di sini, hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat berikutan kawasan perumahan sudah dilanda banjir kilat sebanyak empat kali dalam tempoh empat bulan sejak Jun lalu.

Kejadian masing-masing pada 19 Jun, 24 Julai, 25 Ogos dan 9 September lalu menyebabkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah sentiasa berwaspada kerana bimbang air kembali melimpah dan menjejaskan kediaman serta harta benda.

Kejadian yang berlaku hampir setiap bulan itu membimbangkan mereka dan memerlukan penyelesaian menyeluruh terutama dengan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal bermula tidak lama lagi.

Mereka percaya longkang yang tidak diselenggara termasuk timbunan pasir di dalam longkang menjadi antara faktor utama banjir kilat di situ.

Seorang penduduk, Baharom Mohd. Nor, 64, berkata, mereka sentiasa berdebar setiap kali hujan lebat kerana tidak tahu sama ada air kembali memasuki kawasan perumahan.

“Setiap kali hujan lebat, kami mula risau memikirkan keadaan rumah. Walaupun bukan semua rumah terjejas, kami tetap bimbang kerana kejadian ini sudah berulang beberapa kali,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Baharom berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan perlu memeriksa keseluruhan sistem perparitan bagi mengenal pasti punca sebenar aliran air tidak dapat ditampung dengan baik ketika hujan lebat.

Katanya, penduduk turut mencadangkan supaya kapasiti sistem saliran ditambah baik dengan membesarkan longkang dari Lorong 4 ke Lorong 2 atau memasang pembetung di bawah jalan hingga ke kolam tadahan.

‘Langkah ini membolehkan aliran air dipecahkan kepada dua laluan menuju ke kolam tadahan, sekali gus mengurangkan beban kepada satu saliran sedia ada ketika hujan lebat dalam tempoh singkat.

“Cadangan ini wajar diberi perhatian segera kerana kejadian banjir yang berulang dalam tempoh singkat menunjukkan sistem saliran sedia ada perlu dikaji, sentiasa diselenggara dan ditambah baik,” katanya.-UTUSAN.

The post Banjir kilat setiap bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved