Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'

27 Aug 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'
Kumpulan pendaki Malaysia yang gagal dihubungi selepas bencana banjir di Nepal.
Image from: Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'
Senarai nama mangsa yang gagal dihubungi selepas bencana banjir di Nepal.
Image from: Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'
Angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.
Image from: Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'
Ratusan lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar menghanyutkan beberapa perkampungan dan merosakkan kemudahan asas di Nepal.
Image from: Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka'
Kejadian kepala air dashyat itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi waktu Nepal.

SHAH ALAM – Sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir buruk.

Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.

Mereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.

**media[3627917]**

Rakan kumpulan pendaki itu, Azrul Zabani berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada operator pendakian di negara itu yang mengendalikan kumpulan terbabit, kesemua pendaki tersebut bertolak dari Kathmandu kira-kira jam 3.30 pagi dengan menaiki dua jip dan dalam perjalanan menuju ke sempadan Nepal-Tibet.

Katanya, kejadian kepala air itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi waktu Nepal ketika kesemua mereka masih berada dalam jip dan wakil operator yang membawa sempat memaklumkan bahawa berlaku insiden kepala air.

“Saya baru mendapat perkhabaran bahawa rakan pendaki saya yang yang hendak ke Lhasa Tour, Tibet masih gagal ditemui. Semua komunikasi dengan kumpulan pendaki ini gagal sejak semalam hingga jam 2 pagi ini.

**media[3627865]**

BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

“Mereka menaiki dua buah jip untuk ke Lhasa Tour, Banjir berlaku antara jam 9 hingga 10 pagi pagi waktu Nepal dan pada masa kejadian mereka semua duduk dalam jip serta hampir sampai ke sempadan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan, angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.

Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.’

**media[3627920]**

Sekurang-kurangnya 95 orang turut dilaporkan manakala ratusan lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar menghanyutkan beberapa perkampungan dan merosakkan kemudahan asas di Nepal.

Menurut laporan portal antarabangsa yang memetik pihak berkuasa tempatan, bencana itu menyebabkan kerosakan pada jalan raya, jambatan, sistem bekalan elektrik serta beberapa projek tenaga di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Tibet.

Mengulas lanjut, Azrul, 47, yang juga pendaki berpengalaman memberitahu, berdasarkan keadaan muka bumi di lokasi, terdapat kebimbangan kumpulan berkenaan mungkin terkena kepala air yang sangat deras kerana laluan terbabit berada di kawasan lembah yang dipercayai menjadi laluan air.

Bagaimanapun, menurutnya, masih ada harapan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat sekiranya sempat melepasi sempadan sebelum kejadian berlaku.

“Kalau mereka sudah lepas urusan di sempadan sebelum waktu kejadian sekitar jam 9 hingga 10 pagi, kebarangkalian untuk mereka selamat tinggi,” ujarnya.

**media[3627928]**

Katanya, usaha mencari dan menyelamat kini sedang digerakkan kerajaan Nepal, namun keadaan di kawasan bencana dilaporkan amat teruk selain terdapat beberapa lokasi yang berbahaya untuk dimasuki pasukan penyelamat.

Azrul berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Nepal juga sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini daripada pasukan penyelamat berhubung nasib kumpulan terbabit.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Rohana Man turut meluahkan kebimbangan terhadap keadaan rakannya yang turut bersama kumpulan pendaki berkenaan.

Dia juga memohon orang ramai mendoakan keselamatan rakannya dan pasukan berkenaan selepas gagal menghubungi mereka menerusi WhatsApp sejak malam Rabu.

“Allahuakbar... Doakan rakan saya dan pasukan dia yang berada di sempadan Tibet-Nepal selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Malam tadi, WhatsApp semua tak berjawab. Semoga ada perkembangan terkini hari hari ni,” katanya dalam hantaran Facebook yang disertakan tanda pagar #PrayforNepal.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved