Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled

27 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu dalam usaha kemanusiaan susulan banjir besar yang melanda Nepal, tertakluk kepada keputusan kerajaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ATM bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan dalam misi kemanusiaan serta berkaitan keamanan sekiranya penglibatannya diperlukan.

"ATM bersedia untuk menyumbang kepakaran dan keupayaan kepada misi-misi berkaitan keamanan berhubung banjir di Nepal.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya mereka memutuskan penglibatan ATM diperlukan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.

Terdahulu, Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan sebanyak 54 rakyat Malaysia gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal semalam.

Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.

Bencana tersebut mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk mangsa terjejas.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved