Banjir Nepal: ATM sedia kerah kepakaran bantu misi kemanusiaan – Khaled

27 Aug 2026 • 12:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghulurkan kepakaran serta keupayaan bagi membantu operasi kemanusiaan susulan bencana banjir teruk yang melanda Nepal, sekiranya kerajaan memutuskan Malaysia perlu menyertai misi bantuan itu.

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun sebarang penglibatan ATM masih bergantung kepada pengesahan serta keputusan kerajaan selepas keadaan rakyat Malaysia yang terjejas dikenal pasti oleh Kementerian Luar.

“Saya percaya biar kementerian luar mengesahkan dan biar kerajaan putuskan apa yang wajar dibuat.
“Kita bersedia kita memang seperti kita sedia maklum antara perkara yang boleh disumbangkan oleh pihak ATM adalah dalam soal misi-misi kemanusiaan dan jika ada keputusan daripada pihak kerajaan dan jika ia melibatkan ATM kita bersedia untuk menyumbang kepakaran dan juga keupayaan kita,” katanya.

Image from: Banjir Nepal: ATM sedia kerah kepakaran bantu misi kemanusiaan – Khaled

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Khaled ditanya mengenai perkembangan rakyat Malaysia yang dipercayai berada di kawasan dilanda banjir di Nepal, termasuk beberapa individu yang dilaporkan masih belum dapat dihubungi keluarga.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Kementerian Luar untuk mendapatkan pengesahan berkaitan keadaan rakyat Malaysia di kawasan terjejas sebelum sebarang bentuk bantuan diputuskan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan bagi mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Alwani Zafirah Khairul)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved