Banjir Nepal: ATM tunggu pengesahan sebelum gerak bantuan

27 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: ATM tunggu pengesahan sebelum gerak bantuan

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menggerakkan kepakaran dan keupayaannya bagi membantu operasi kemanusiaan susulan banjir teruk yang melanda Nepal sekiranya kerajaan memutuskan Malaysia perlu terlibat dalam misi bantuan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, sebarang tindakan berkaitan bantuan ATM ke negara itu perlu menunggu pengesahan dan keputusan kerajaan terlebih dahulu.

“Saya percaya biar kementerian luar mengesahkan dan biar kerajaan putuskan apa yang wajar dibuat.

“Kita bersedia kita memang seperti kita sedia maklum antara perkara yang boleh disumbangkan oleh pihak ATM adalah dalam soal misi-misi kemanusiaan dan jika ada keputusan daripada pihak kerajaan dan jika ia melibatkan ATM kita bersedia untuk menyumbang kepakaran dan juga keupayaan kita,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan rakyat Malaysia yang dipercayai berada di kawasan terjejas banjir di Nepal, termasuk mereka yang dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga.

Terdahulu, Mohamed Khaled hadir merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Dataran Wisma Pertahanan, di sini.

Menurut beliau, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Luar untuk membuat pengesahan berhubung keadaan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas sebelum sebarang keputusan mengenai bentuk bantuan dibuat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan bagi mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.

Anwar menjelaskan, usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan semua rakyat Malaysia tersebut sedang giat dilakukan.

“Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan,” katanya menerusi satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: ATM tunggu pengesahan sebelum gerak bantuan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved