Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi

27 Aug 2026 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
Pemandangan udara menunjukkan rumah-rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di Devighat, Perbandaran Bidur, daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP
Image from: Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
Imej satelit edaran yang dikeluarkan oleh Planet Labs ini menunjukkan pemandangan udara Kolpurtar di daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal semalam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, seorang daripada mereka bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat JBPM manakala seorang lagi ialah pegawai di Akademi JBPM Wilayah Tengah.

Beliau berkata, kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin lepas.

"Seorang pegawai kanan bomba dan seorang pegawai bomba. Mereka dalam perjalanan ke EBC. Mereka bukan mendaki, tetapi tracking dan menggunakan jip mengikut laluan Tibet,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

**media[3628024]**

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa.

Anwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.

Sementara itu, Nor Hisham mengesahkan dua pegawai bomba berkenaan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM, Mohd Sani Harul dan Pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa.

Mohd Fakhrul Munir sebelum ini pernah melaksanakan misi pendakian Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' pada 2025.

Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat dan runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved