Banjir Nepal: Harap dua 'wira merah' selamat, mereka anggota cemerlang - Nga Kor Ming

30 Aug 2026 • 8:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: Harap dua 'wira merah' selamat, mereka anggota cemerlang - Nga Kor Ming
Kor Ming

IPOH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra, dalam membantu mengesan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih gagal dihubungi, susulan banjir kilat dahsyat dan insiden tanah runtuh di Rasuwa, Nepal.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kementerian sedang sedaya upaya mendapatkan maklumat terkini dua "wira merah” itu yang termasuk antara lebih 50 rakyat Malaysia yang masih terputus hubungan.

"Saya juga meminta seluruh rakyat Malaysia berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan dua wira merah yang setakat ini belum dapat dikesan. Kita memang sangat berharap mereka dapat selamat, kedua-dua mereka anggota cemerlang,” katanya.

Nga berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Jom Makan Ipoh di sini pada Sabtu. 

Sebelum ini dilaporkan dua pegawai tersebut iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM, Mohd Sani Harul dan Pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dilaporkan gagal dihubungi.

Kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin, minggu lepas.

Sementara itu, beliau berkata kementerian melalui JBPM sentiasa berhubung rapat dengan dengan keluarga dua anggota terlibat. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved