Banjir Nepal: Kedutaan Malaysia – Nepal giat kesan 54 rakyat Malaysia – PM

27 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: Kedutaan Malaysia – Nepal giat kesan 54 rakyat Malaysia – PM

PETALING JAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan bagi mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan semua rakyat Malaysia tersebut sedang giat dilakukan.

“Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Beliau yang turut menzahirkan dukacita berkata, Kerajaan Madani menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) akan terus memantau perkembangan berkenaan dengan teliti.

“Berdukacita menerima perkhabaran mengenai bencana tersebut dan saya amat terkesan apabila KLN memaklumkan 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi.

“Kita akan menggembleng segala ikhtiar diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: Kedutaan Malaysia – Nepal giat kesan 54 rakyat Malaysia – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved